Halaman

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Kariiim.

Assalamualaikum...
Marilah kita ucapkan "Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan" selamat datang wahai Ramadhan,bulan yang penuh kerahmatan,keampunan dan keberkatan.

Sempena dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini,marilah kita rebut peluang keemasan ini dengan menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadat kerana pahala dan upahnya amat besar.

Mudah-mudahan Allah menyirami hati kita dengan nur hidayah sehingga menjadikan hati-hati kita amat merindui dan mencintai Ramadhan.

Dibulan yang mulia ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan satu produk keluaran Homeopati yang amat baik untuk kecergasan minda,fizikal dan sebagai penawar kesihatan bagi sesetengah penyakit.

Ia sebagai penawar homeopati yang bebas dadh,selamat digunakan oleh semua golongan.Ia pertama kali diperkenalkan oleh Dr.Mohamed Hatta Abu Bakar sejak 2002 lagi.Ia berfungsi membekalkan semula garam tisu yang berkurangan dalam sel-sel otak dan tubuh insan.

Untuk keterangan lanjut sms nama dan alamat ke 019-9422461@013-9695787 @ layari laman web http://www.drhatta.com

T.kasih kerana sudi membaca.wassalam.

Ahad, 8 Ogos 2010

Salam Perkenalan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera


Salam Ukhuwwah dan salam perkenalan buat semua insan yang sudi membaca laman blog saya ini.Semoga kita semua dirahmati dan dilindungi oleh Allah sentiasa InsyaAllah.

Laman blog ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat serta mutiara ilmu yg dapat memantapkan lagi perjalanan hidup kita menuju kehidupan yg abadi.Kerana dengan ilmulah ketakwaan kita akan meningkat.Seperti kata Dr.Danian kita perlu IT utk hidup bahagia.I- Ilmu dan T-takwa.

Saya suka berkongsi dengan pembaca2 semua,sebarang ilmu atau maklumat termasuklah ilmu pengurusan kesihatan,keibubapaan,kewangan dan juga keagamaan.Sebab itu saya namakan blog ini bisnes serta pengurusan diri dan keluarga.

Saya berharap kita semua akan mendapat sesuatu yg bermanfaat dengan adanya blog ini dan komen2 saudara-saudari nanti.Saya amat-amat mengalu-alukan kedatangan saudara-i ke laman yg tak seberapa ini demi perkongsian ilmu dan kemantapan iman InsyaAllah.

Akhir kata,selamat menyambut Ramadhan yg akan bertandang lagi tahun ini.Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk merasai kehangatan beribadatan dibulan Ramadhan.tahun ini.Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik lagi dar tahun2 yg lalu.Amiin. اهلا وسهلا يارمضان

Bertemu lagi,
وسلام عليكم